BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 21 March 2012

Rahsia buffered earning Nuffnang – Cara dapat buffered earning


Nuffnang. Macamana anda sebut? Nuffnang atau Nuffneng? Apa sajalah, asalkan anda sendiri tidak tergeliat lidah. Anda perasan tak ramai blogger-blogger tempatan aku lihat selalu update post mereka mengenai buffered earning Nuffnang atau dalam singkatannya di sebut BE. Meriah betul aku lihat pada setiap post mereka mesti ada komen membina bertanyakan bagaimana dan apa rahsia buffered earning Nuffnang yang mereka dapat, dan setiap kali itulah juga aku menjumpai pelbagai tips-tips yang dikongsikan tentang cara nak dapat buffered earning.

Bila aku check kembali mengenai buffered Nuffnang nie rupanya dah lama aku dapat. Hehe, cuma aku tak ambil kisah sangat, sebab aku lebih kisahkan tentang klik, lagipun earning dari buffered Nuffnang aku ciput ja. Tapi..tupa-rupanya penting juga buffered Nuffnang nie, jadi aku akan kumpulkan tips-tips blogger lain tentang macam mana nak dapat buffered earning Nuffnang nie dalam artikel aku kali ini, supaya dapat memudahkan aku merujuk pada masa hadapan.
Seperti yang aku beritahu tadi, ada banyak tips buffered earning Nuffnang, tetapi tak semua tips-tips tersebut menjadi, kemungkinan kepada sesetengah blogger menggunakan kaedah itu berjaya dan ada yang tidak, antaranya ada yang mengatakan:
Pendapat Pertama: Traffic Tinggi – Untuk mendapatkan BE dari Nuffnang, anda memerlukan traffik tinggi dan ramai pelawat ke blog anda untuk mendapatkan BE dan Metered Earning. Traffik ini mestilah daripada Malaysia kerana anda mendaftar di Nuffnang Malaysia, jadi iklan yang keluar di ads anda nanti adalah iklan dari syarikat di Malaysia yang memerlukan pelawat juga dari Malaysia.
Pendapat Ke-2: Traffic Rendah – Ada juga berpendapat, BE ini hanya untuk blog yang trafficnya sekitar bawah 300 visitor sahaja sehari. Jika pelawat atas 300 sehari memang susah dan tak akan dapat BE.
Pendapat ke-3: Susunan Iklan (Ad Placement) – Letakkan unit iklan di tempat yang sepatutnya, iaitu di tempat yang mudah dan senang dilihat oleh pelawat. Ada 3 jenis unit iklan bagi Nuffnang. Contohnya: Iklan Leaderboard sepatutnya di letakkan di bahagian HEADER bukan di footer, iklan Skycraper pula diletakkan di bahagian pertama SIDEBAR dan bukan tempat lain, akhir sekali iklan Large Rectangle sepatutnya diletakkan betul-betul di bawah post pertama anda. Jika anda tidak mengikut garis panduan yang dinyatakan, maka ia akan mempengaruhi Pengiklan.
Pendapat ke-4: Kemaskini Survey – Ini semua orang tahu, setiap kali hendak daftar blog baru di akaun Nuffnang anda kemudian akan disuruh menjawap survey yang berkaitan dengan blog anda. Jawaplah dengan sebaik-baiknya dan jangan main tanda sahaja. Di bahagian description blog anda ialah bahagian survey yang paling penting. Tulis description mengenai blog anda dengan lengkap, jangan 15 patah perkataan sahaja, sebaiknya guna semua 100 patah perkataan.
Pendapat ke-5: Backlink kepada Nuffnang – Ada juga mengatakan antara Rahsia dapat buffered earning Nuffnang adalah memberi backlink kepada Nuffnang seperti ini >> Nuffnang Malaysia paling kacak. Buat satu entri khas pasal Nuffnag dan beri backlink kepada mereka.
Pendapat ke-6: Tulis entri dan post yang berkaitan dengan iklan Nuffnang – Yang nie ada sesiapa pernah buat? Aku tak pernah, tapi ada juga berjaya dengan cara ini. Lebih berkesan lagi, buat blog khusus yang berkaitan dengan niche iklan Nuffnang. Nak tahu niche apa yang sesuai mudah sahaja, anda lihat di bahagian Survey ada di bahagian kategori, buatlah blog atau subdomain menggunakan kategori-kategori itu dan tulis artikel yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh: Jika blog anda guna kategori fesyen, buat artikel mengenai fesyen sahaja, jika blog anda guna niche bisnes, tulis perihal bisnes. Itulah maksud aku. :)
Pendapat ke-7: Email Pihak Nuffnang – Sekiranya anda merasakan bahawa blog anda sudah layak mendapat BE, hantar email kepada pihak Nuffnang untuk claim dan memberitahu bahawa blog anda sudah bersedia dengan kacaknya untuk menerima BE. Haha, macam nak pegi meminang anak orang pula kena minta kebenaran ibu bapa. Yalah, ingat senang ke diorang nak bagi. Tulislah blog anda dah letak iklan pada kedudukan yang sebetulnya, traffic dah banyak, backlink ke Nuffnang pun dah beri, so nak claim lah BE. Rasa-rasa blog anda layak tak dapat BE?
Erm, aku rasa itu sahaja kot 7 tips-tips yang sempat aku kumpul. Lepas nie jika aku temui lagi tips berkenaan dengan cara dapat buffered earning aku akan tambah dalam entri ini. Kalau dilihat balik 7 tips yang aku taip kat atas tu, rasa banyak pula tips nak pilih, yang mana satu sebab ada juga yang bertentangan terutamanya pendapat pertama dan ke-2 tentang traffik tu. Kalau aku mudah sahaja, traffik tinggi memang penting, kalau tak dapat BE sekurang-kurangnya dapat klik, dan kemudian baki pendapat 3-7 memang wajib diikuti untuk mendapatkan Buffered Earning daripada Nuffnang.
Nasihat aku, buat dulu pendapat 1,3,4,5 dan 6 kemudian baru buat pendapat yang ke-7. Jangan main redah je, hehe. Owh, bagaimana pula dengan pendapat ke-2? Salah ka? Bagi aku ada juga kebenarannya sebab ada blog aku yang amat rendah traffiknya turut mendapat BE! Kenapa?.. tak percaya? Hehe, cuma BEnya rendah je la. Apapun bab traffik itu bukanlah syarat utama, anda tumpukan 3,4,5,6 dan 7. Itu penting.
Ok, setakat itu dulu entri aku kali ini, seperti biasa sekiranya anda ada pengalaman dan rahsia mendapatkan buffered earning, sila nyatakan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Semoga artikel aku ini dapat membantu anda dalam aktiviti menjana wang dengan Nuffnang.
~Aku pun baru dalam Nuffnang~
Sekian, wassalam.

Tuesday 20 March 2012

Remaja Bunuh Diri Elak Kahwin Paksa



Kuwait – Seorang remaja dari Mesir yang berusia 18 tahun bertindak terjun daripada balkoni apartment rumahnya selepas keluarganya memaksa dia menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Bagaimanapun tindakannya untuk membunuh diri itu tidak berjaya sebaliknya dia mengalami kecederaan dan patah di beberapa bahagian badan.
Berikutan itu, polis telah melancarkan siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurut polis, gadis berkenaan bertindak demikian selepas ibu dan abangnya memperkenalkan dia dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai suaminya.
“Gadis berkenaan diminta menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia kemudiannya telah bertindak terjun daripada balkoni rumahnya,” katanya.
Ketika berada di hospital, hanya abangnya yang mengunjungi gadis berkenaan dan meminta dia supaya pulang ke rumah dan memaklumkan kepadanya bahawa dia telah diceraikan oleh suaminya itu.
Namun gadis berkenaan enggan pulang dan menuntut bukti yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin.
Kes ini menyusul selepas kematian Amina Filali, remaja berusia 16 tahun dari Magribi yang membunuh diri selepas dipaksa berkahwin dengan perogolnya.
Amina membunuh diri dengan minum racun tikus di rumahnya di Larache.
Dia telah dirogol lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun.
Pendakwaan ke atas lelaki itu telah gagal selepas mahkamah mengarahkan suspek mengawini Amina bagi menjaga kehormatan keluarga remaja berkenaan.

Ramai Menangis & Insaf Membaca Kisah Si Kecil Ini



Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.

“Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”

“InsyaAllah, UPSR 5A.”

Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,

“Ustazah, ini serius tahu!”

Saya senyum sembil berkata;

“Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”

“Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”

Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,

“Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”

“Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”

Dia menyambung lagi,

“Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”

Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.

“Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”

“Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”

Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,

“Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”

*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya. 

Bahaya Tersedak SUSU


Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.
Terbaru, kes Siti Nur Balkis Ahmad Zahir berusia tujuh bulan, yang dipercayai tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis, di bawah jagaan ibunya sendiri.
Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.
Bagi yang tidak mengetahui puncanya, agak pelik bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan kematian sedangkan susu hanyalah sejenis cecair.

Jangan tinggalkan bayi menyusu sendirian . Fikirkan !

Pakar Diet Pemakanan, Norul Hazliza Sham Hashim berkata, insiden lemas susu biasanya terjadi kerana kedudukan dan posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu botol.
"Keadaan itu menyebabkan susu tersebut akan memasuki paru-paru dan dalam masa yang sama akan menghalang saluran pernafasan lalu menyebabkan bayi tersedak dan lemas,'' ujarnya.
Malah lebih parah, sekiranya keadaan itu berlaku apabila bayi itu memegang sendiri botol yang menyebabkan dia tersedak.
Tambah beliau, keadaan itu juga akan menyebabkan bayi dijangkiti bakteria dan memberikan kesan kepadanya.
Bagaimana pun dalam masa yang sama, masalah injap yang tidak matang juga merupakan faktor berlaku bayi tersedak susu.
Keadaan itu terang beliau berlaku sekiranya bayi tersebut berusia empat bulan ke bawah dan berada dalam keadaan terbaring.
Bagaimanapun ia berbeza dengan situasi anak-anak yang berusia empat bulan ke atas di mana mereka boleh minum susu dalam keadaan duduk .
Kata Haliza lagi, sebagai pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu adalah sangat tidak baik kerana ia boleh meningkatkan risiko insiden.
"Sebaiknya cuba letakkan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya manakala botol susu pula perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
"Keadaan ini mengelakkan bayi termuntah semasa sedang menyusu dan muntah tersebut akan memasuki hidung dan mengganggu laluan pernafasan mereka,'' katanya.
Kebiasaannya apabila susu termasuk ke dalam paru-paru, seorang bayi akan tersedak atau batuk. Tindakan refleks itu sebenarnya adalah satu mekanisme perlindungan untuk bayi tersebut.
Beliau berkata, walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ia sudah cukup untuk melemaskan mereka.
"Sebab itu, elakkan bayi meminum susu dalam keadaan terlentang sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya bagi tujuan memudahkan penghadaman,''kata Haliza.
Begitupun, cara terbaik untuk mengelak bayi tersedak atau lemas susu ialah dengan memberi susu badan.
Ini kerana katanya, apabila menyusu badan, susu hanya akan keluar apabila bayi menyedut sahaja.
"Jadi apabila bayi tertidur ketika menyusu badan, susu tidak akan mengalir dan mengurangkan risiko tercekik susu," jelas beliau.
Keadaan itu, jelas beliau berbeza dengan susu formula yang akan sentiasa mengalir dari botol dan melambatkan proses penghadaman.
Tambahnya, selepas setiap kali penyusuan pastikan bayi disendawakan, keadaan ini penting supaya angin keluar dan memastikan bayi tidak muntah ketika tidur.
"Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan, keadaan ini memudahkan bayi sendawa dan sekali gus melegakan bayi tersebut dan juga mengelakkan daripada si bayi termuntah," kata Haliza.
Beliau berkata, ibu bapa boleh mempraktikkan beberapa kaedah untuk memastikan bayi sendawa. Antaranya tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut secara perlahan-lahan.
"Ibu juga boleh mencuba kaedah dengan menelentangkan bayi, angkat ke hadapan dan ke belakang seperti mengayuh basikal sehingga lututnya rapat ke perut,'' ujarnya lagi.
Akhir sekali tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol yang mengandungi air suam bagi mengelakkan si kecil mendapat kembung perut.

Tip Berguna
Cara rawatan sekiranya tersedak susu
  • Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang bayi beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasan keluar.
  • Dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
  • Tekan bahagian perut bayi, kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger



Hai kekawan blogger .
Jangan lepas peluang....
Jom join nie....
Baru saja online, ternampak seorang blogger updated tentang ni Terus bersemangat nak buat entry dan tak ada rasa malas-malas lagi… :)
Rasanya dah ramai yang cuba inisiatif macam ni untuk tarik pelawat ke blog masing-masing macam Denaihati dan MamaMurai. Untuk kali ni, Blogger Wanita pulak yang menggunakan cara yang sama dengan menawarkan RM5000 kepada hanya 100 blogger yang terawal sahaja.
Macamana nak jadi antara yang terawal?? Hah… yang tu kena baca kat sini yer… Atau pun klik je banner bawah ni…
 Banner
Program RM5000 adalah fasa pertama yang akan dilancarkan pada 1 April 2012 sehingga RM5000 tercapai untuk diberikan kepada blogger.
Setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05. Jika rakan blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog ini, maka bayaran pada bulan tersebut adalah RM500 ( RM0.05 X 10000) dan seterusnya.
Menarikkan?? Kalau menarik tunggu apa lagi.. Cepat la pergi berdaftar.. HAnya untuk 100 blogger yang berdaftar saja tau… Cepat-cepat klik link bawah ni..

 Banner

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...